Saturday, April 14, 2007

Dari Mana Asal Bahasa Melayu Asli"

bahasa dusun adalah salah satu rumpun bahasa melayu yang juga dikenali sebagai austronesian malayo polynesian. Banyak perkataan asas dalam bahasa dusun mempunyai persamaan atau kaitan rapat dengan bahasa melayu asli yang belum dipengaruhi oleh bahasa sanskrit ketika asia tenggara dikuasai oleh kuasa dari india, atau bahasa arab yang dibawa oleh pedagang arab, atau bahasa cina, portugis dan lain-lain.

Saya ingin memberi contoh seperti berikut dimana saya perkenalkan bahasa dusun dan disusuli oleh bahasa melayu.

Untuk anggota badan manusia

mato untuk mata
tolingo untuk telinga
todung untuk hidung
dilah untuk lidah
siku untuk siku
longon untuk lengan
wotis untuk betis
kulit untuk kulit
tulang untuk tulang
pusod untuk pusat
susu untuk susu
tonsi untuk isi
ra'a untu darah


Untuk tumbuhan

kayu untuk kayu
bunga untuk bunga
ra'an untu dahan
tua untuk buah
roun untuk daun

untuk punca indera

podos untuk pedas
onsom untuk asam
po'it untuk pahit
osin untuk masin
roso untuk rasa

perkataan bermula dengan "b" ditukar kepada "w"

watu untuk batu
wotis untuk betis
watang untuk batang
wulan untuk bulan

binatang

palanuk untuk pelanduk
buayo untuk buaya
tikus untuk tikus
ulanut untuk ular
bohuang untuk beruang


tawan untuk awan
sawat untuk sawat (pesawat)
dumagang untuk dagang
momoli untuk membeli
matai untuk mati
apui untuk api
pai's untuk pisau
tanom untuk tanam
langsat untuk langsat
mangga untuk mangga
limau untuk limau

Di atas adalah sebahagian dari bahasa dusun yang mempunyai persamaan dengan bahasa melayu asli. adakah persamaan yang hampir sama suatu "coincidence" atau sememangnya ia benar.

Oleh yang demikian, benarkan andaian bahawa bahsa melayu berasal dari pulau borneo (definisai british encyclopedia). kalau bahasa melayu berasal dari borneo, ianya berkaitan langsung dengan bahasa dusun yang dituturkan oleh orang-orang dusun di kawasan ranau, tambunan, dll.

Ini bermakna bahawa bahasa dusun dan bahasa melayu asli mempunyai asal usul yang sama. bahasa melayu yang ada sekarang adalah bahasa dipopularkan oleh saudagar-saudagar islam india. bahasa melayu disibarkan melalui perdagangan.

Apakah pendapat anda sekiranya dicadangkan bahawa bahasa melayu yang ada sekarang berasal dari borneo? Henrynus

Saturday, March 31, 2007

Kadazan-Dusun Sabah, Dusun Witu Kalimantan dan Malagasy Madagascar

Saya tertarik dengan asal usul suku-suku asli Borneo atau Kalimantan dan telah membuat kajian Internet mengenai kaitan suku-suku di bawah klasifikasi Austronesian Malayo Polynesian.

Secara khususnya saya tertarik dengan suku Dusun Witu dan Dayak Ma'nyan dari Barito Kalimantan di mana beberapa contoh bahasa menunjukkan persamaan dengan bahasa suku Dusun atau Kadazan di negeri Sabah. Di Kalimantan terdapat 25,000 orang bertutur dialek Dusun Witu tetapi di negeri Sabah terdapat lebih kurang 600,000 orang yang bertutur dalam dialek Dusun atau Kadazan. Saya juga tertarik membaca bahawa bahasa Malagasy di Madagascar mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Ma'nyan dari Barito Kalimantan. Beberapa perkataan bahasa Ma'nyan dan Malagasy mempunyai persamaan atau kaitan rapat dengan bahasa suku Dusun Sabah.

Bahasa Malagasy adalah merupakan bahasa asli Austronesian Malayo Polynesian yang tidak tercemar dengan bahasa-bahasa asing seperti sanskrit, arab, portuguese, china, dan lain-lain sama seperti bahasa suku-suku Dayak Dusun Kalimantan dan Sabah.

Oleh kerana bahasa Malagasy tidak mempunyai banyak bahasa sanskrit, seperti bahasa Melayu masa kini, kita boleh mengatakan bahawa migrasi manusia dari Borneo menyeberang lautan Hindi telah berlaku sebelum penjajahan India terhadap kepulauan Nusantara. Siapakah orang-orang ini di Madagascar yang hari ini mempunyai bahasa berkaitan rapat dengan suku Dayak Ma'nyak dan Dusun Witu?

Kajian genetik atau DNA telah membuktikan kaitan rapat di antara penduduk Madagascar dengan penduduk Borneo.

Kini terdapat bukti-bukti bahawa terdapat kesan-kesan pengaruh Austronesian di benua Africa. Ada ahli sejarah tertentu mengatakan tamadun Zimbabwe dimulakan oleh suku Austronesian (kini dipertikaikan).

Saya berminat untuk mengkaji persamaan suku Dayak Dusun Kalimantan dengan Dusun Sabah, dan seterusnya kaitan dengan Malagasy.

Bolehkah sesiapa dari suku Dayak Dusun Witu, Dusun Malang dan Dayak Ma'nyan Kalimantan berhubung dengan saya untuk sama-sama membuat kajian mengenai kemungkinan kaitan persaudaraan baik dari segi bahasa dan leluhur.

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, saya ingin menjemput anda untuk membuat komen untuk berkongasi pengetahuan, pengalaman atau pendapat untuk kebaikan bersama. Terima kasih.


I can be contacted on the following:

Saya boleh dihubungi di henrynus@gmail.com


Lampiran

MENGENAI DUSUN WITU DAN LAIN-LAIN

http://www.google.com/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&rls=SKPB,SKPB:2006-42,SKPB:en&q=Dusun+Witu

http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=duw

http://www.language-museum.com/d/dusun-witu.php
http://search.atomz.com/search/?sp-q=dusun+witu&sp-a=sp1002ea9b&sp-p=all&sp-f=ISO-8859-1
http://www.everytongue.com/
http://campus.udayton.edu/mary/resources/Hail%20Mary4.htm
http://www.christusrex.org/www3/ethno/MalQ.html
http://dlxs.library.cornell.edu/cgi/t/text/pageviewer-idx?c=sea;idno=seaA06;view=image;seq=24
http://epress.anu.edu.au/austronesians/austronesians/mobile_devices/index.html

MENGENAI BUKU "PHANTOM VOYAGERS"

http://www.phantomvoyagers.com/ (book)

http://yementimes.com/article.shtml?i=894&p=report&a=1 (book Review)

http://www.citeulike.org/article/355206 (order book)

http://www.scholars.nus.edu.sg/landow/post/zimbabwe/art/greatzim/dickread1.html (article)

ARTIKEL LAIN-LAIN

http://epress.anu.edu.au/austronesians/austronesians/mobile_devices/ch04s02.html (Barito People and Madagascar)

http://www.petra.ac.id/eastern/cent_kal/pop.htm