Saturday, April 14, 2007

Dari Mana Asal Bahasa Melayu Asli"

bahasa dusun adalah salah satu rumpun bahasa melayu yang juga dikenali sebagai austronesian malayo polynesian. Banyak perkataan asas dalam bahasa dusun mempunyai persamaan atau kaitan rapat dengan bahasa melayu asli yang belum dipengaruhi oleh bahasa sanskrit ketika asia tenggara dikuasai oleh kuasa dari india, atau bahasa arab yang dibawa oleh pedagang arab, atau bahasa cina, portugis dan lain-lain.

Saya ingin memberi contoh seperti berikut dimana saya perkenalkan bahasa dusun dan disusuli oleh bahasa melayu.

Untuk anggota badan manusia

mato untuk mata
tolingo untuk telinga
todung untuk hidung
dilah untuk lidah
siku untuk siku
longon untuk lengan
wotis untuk betis
kulit untuk kulit
tulang untuk tulang
pusod untuk pusat
susu untuk susu
tonsi untuk isi
ra'a untu darah


Untuk tumbuhan

kayu untuk kayu
bunga untuk bunga
ra'an untu dahan
tua untuk buah
roun untuk daun

untuk punca indera

podos untuk pedas
onsom untuk asam
po'it untuk pahit
osin untuk masin
roso untuk rasa

perkataan bermula dengan "b" ditukar kepada "w"

watu untuk batu
wotis untuk betis
watang untuk batang
wulan untuk bulan

binatang

palanuk untuk pelanduk
buayo untuk buaya
tikus untuk tikus
ulanut untuk ular
bohuang untuk beruang


tawan untuk awan
sawat untuk sawat (pesawat)
dumagang untuk dagang
momoli untuk membeli
matai untuk mati
apui untuk api
pai's untuk pisau
tanom untuk tanam
langsat untuk langsat
mangga untuk mangga
limau untuk limau

Di atas adalah sebahagian dari bahasa dusun yang mempunyai persamaan dengan bahasa melayu asli. adakah persamaan yang hampir sama suatu "coincidence" atau sememangnya ia benar.

Oleh yang demikian, benarkan andaian bahawa bahsa melayu berasal dari pulau borneo (definisai british encyclopedia). kalau bahasa melayu berasal dari borneo, ianya berkaitan langsung dengan bahasa dusun yang dituturkan oleh orang-orang dusun di kawasan ranau, tambunan, dll.

Ini bermakna bahawa bahasa dusun dan bahasa melayu asli mempunyai asal usul yang sama. bahasa melayu yang ada sekarang adalah bahasa dipopularkan oleh saudagar-saudagar islam india. bahasa melayu disibarkan melalui perdagangan.

Apakah pendapat anda sekiranya dicadangkan bahawa bahasa melayu yang ada sekarang berasal dari borneo? Henrynus